Lim Jeong-hee kahwin pucuk muda

BERITA gembira buat peminat penyanyi Lim Jeong-hee yang mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan penari, Kim Hee-hyun tidak lama lagi.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Watch Spring itu bakal berkahwin dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripadanya pada 3 Oktober depan.

Pertama kali mereka berjumpa ketika menyaksikan persembahan tarian balet oleh Kim Joo-won pada Oktober tahun lalu. 

Selepas itu, mereka terus berhubung dan menjalinkan hubungan istimewa.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok