Lee Sang-yeob tamatkan zaman bujang

DUNIA hiburan K-pop dikejutkan dengan berita gembira daripada pelakon Lee Sang-yeob yang mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada Mac tahun hadapan.

Pada awalnya, spekulasi tersebut bertebaran tanpa pengesahan pihak Sang-yeob sebelum disahkan agensinya, Sports Seoul pada 25 September lalu.

“Berhubung khabar angin perkahwinan Lee Sang-yeob, kami ingin mengesahkan bahawa aktor itu sedang melakukan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung pada Mac 2024.

“Memandangkan mereka baru sahaja memulakan persiapan, kami tidak akan memberikan maklumat terperinci,” ujar pihak agensinya.

Hingga kini aktor berusia 40 tahun itu tidak mendedahkan identiti bakal isteri, namun sumber menyatakan wanita bertuah itu bukan dalam kalangan artis.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok