336
PELAKON tersohor Lee Min-ho kini dalam persiapan untuk berangkat ke Filipina bulan depan.
Berita tersebut dimaklumkan penganjur acara, Wilbros Live bahawa aktor itu akan tiba di Manila pada 15 Oktober bagi menjayakan sebuah acara sambutan ulang tahun ke-65 syarikat hartanah, SMDC.
Bertindak sebagai duta syarikat berkenaan kunjungan aktor The Heirs itu sememangnya telah mencetuskan keterujaan peminat untuk melihat aktor pujaan masing-masing dari dekat.
Laman sembang kini hangat dengan perkongsian peminat pelakon berusia 36 tahun itu.
Min-ho diumumkan sebagai duta SMDC pada Mac lalu dan Oktober nanti sebagai kunjungan pertamanya ke Filipina.