Kyu-han, Yujeong sah bercinta, minta peminat doakan bahagia

Seringkali terpalit gosip cinta, label kepada ahli kumpulan BB GIRLS, Yujeong dan pelakon Lee Kyu-han tampil mengesahkan pasangan tersebut kini menjalin hubungan istimewa.

Jelas wakil Warner Music Korea, merpati dua sejoli itu dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

“Ya, memang benar Yujeong dan Kyu-han menjalin hubungan cinta. Mereka sedang memahami hati budi masing-masing.

“Mohon doakan mereka bahagia,” ujar label tersebut.

Meskipun Kyu-han sebelas tahun lebih tua daripada Yujeong, pasangan tersebut sangat serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok