Key nafi bermasam muka dengan Shin Dong-yup

Didakwa bermasam muka dek kurang selesa dengan perwatakan pengacara senior iaitu Shin Dong-yup, anggota kumpulan SHINee, Key menafikan segala tuduhan dan menyatakan hubungannya dengan hos tersebut baik-baik sahaja.

Jelas Key, dia sangat menghormati Dong-yup malah mengagumi gaya pengacaraan figura itu dalam mengendalikan program, namun dia mengakui tidak rapat dengannya. 

“Saya dan Shin Dong-yup benar-benar okey, tiada masalah pun. Dia antara idola saya dalam bidang pengacaraan.

“Saya cuma tidak mahu bercakap dengannya jika saya tidak mempunyai alasan untuk melakukannya, itu sahaja,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok