Jung Woo, Ye-ri jadi juri festival filem

FESTIVAL Filem Antarabangsa Busan (BIFF) buat julung kali menamakan pelakon Jung Woo dan Han Ye-ri untuk duduk di kerusi juri bagi anugerah Actor Of The Year.

Kedua-dua selebriti itu juga diberi tanggungjawab sebagai penyampai anugerah semasa acara berlangsung menjelang 4 Oktober depan.

Antara kriteria yang melayakkan Jung Woo dipilih susulan impak dan pujian pelbagai pihak semasa menjayakan watak utama dalam filem Wish (2009) sehingga diumumkan sebagai penerima trofi Pelakon Baharu Terbaik pada Grand Bell Awards.

Yu-ri pula dipilih hasil perhatian dunia perfileman global menerusi filem Minari (2020).

Dia juga diiktiraf sebagai penerima anugerah Grand Jury Prize and Audience Award dalam Festival Filem Sundance 2020.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok