John Park timang anak perempuan sulung

Penyanyi John Park menuai perhatian peminat dengan berita kelahiran anak sulungnya pada 25 September lalu.

Khabar gembira tersebut disahkan label John Park sendiri iaitu Music Farm yang sekali gus mengharapkan doa terbaik daripada para peminat.

“John Park dan isterinya selamat menyambut bayi perempuan pada 25 September pukul 4 petang.

“Isteri John dalam proses berpantang dan pemulihan.

“Kami meminta doa kalian untuk John Park dan isterinya serta bayi mereka yang baru lahir supaya dipermudahkan segala urusan,” kata label tersebut.

John Park berkahwin sekitar Jun tahun lalu selepas dua tahun menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya, seorang wanita yang bukan dalam kalangan selebriti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok