GV10 suram tanpa Elly, Shila panaskan Family Duo

SEJAK tahun lalu All Stars Gegar Vaganza (GV10) dan Famili Duo hangat diperkatakan netizen.

Mana tidaknya, program tersebut ibarat lubuk cerita sensasi yang menjadi makanan netizen. Ada sahaja cerita panas yang terpalit barisan peserta dan hos.

Hari ini, GV10 hanya akan dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad tanpa kelibat Elly Mazlein yang menarik diri kerana isu peribadi.

Diva memang rasa pentas GV10 minggu ini sedikit suram tanpa gelagat ‘gila-gila’ Elly atau Kak Lina Pom Pom.

Memanglah ada yang kecam tetapi hakikatnya, Kak Lina menghidupkan suasana dan menaikkan rating. Entah apa lagi strategi yang Astro perlu fikirkan untuk pastikan jumlah tontonan GV10 tidak jatuh.

Tentang Famili Duo pula, sejak tahun lalu ada sahaja peserta yang terpalit isu peribadi dan kali ini pastinya Shila Amzah dan adiknya Syahir akan menjadi tumpuan utama.

DIVA: Harap komen bonda Hetty Koes Endang minggu ini tidak terlalu meleret-leret ya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok