‘Kata-kata awak sumpah tidak baik KilaFairy’ – Jinggo ‘jentik’ KilaFairy

KETIKA ramai rancak berdebat isu kematian seekor anjing bernama Rocky dalam satu operasi di Klang, Selangor, penerbit dan pengarah Jinggo tampil menegur sikap segelintir selebriti yang bertindak melulu mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur kebencian melampau terhadap individu lain tanpa usul periksa dalam media sosial.

Popular dengan nama jolokan Tok Sidang, menurut Jinggo, berasa kasihan terhadap binatang yang teraniaya adalah perbuatan terpuji namun melemparkan sumpah-seranah beserta doa kecelakaan adalah sesuatu yang tidak harus dijadikan amalan dalam kehidupan.

“Bersimpati pada binatang itu bagus ya semua.

Namun, doa dan kata-kata awak sumpah sangat tidak baik KilaFairy,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Ujarnya, nasihat tersebut disuarakan sebagai individu lebih berusia dan meminta Kila tidak terasa hati mengenainya.

Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati ya,” katanya lagi.

Rata-rata netizen dalam ruangan komen menyokong perkara yang disuarakan suami kepada pelakon Sheila Rusly itu.

Dalam masa sama, mereka turut menuntuk Kila memadam hantaran berbaur kebencian terhadap seorang petugas penguatkuasaan yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing liar dan Rocky di Taman Teluk Gedung Indah kelmarnin.

“Takutnya kalau doa yang tidak elok itu berbalik kepada diri sendiri.

Kalau sudah faham situasi menyeluruh, tolong buat kenyataan permohonan maaf segera.

“Terpaling, jenis tak baca kronologi kes,” komen netizen.

Semalam, Kila antara selebriti yang lantang bersuara mengenai isu kematian Rocky selain mengundang perhatin apabila mendoakan salah seorang individu yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing liar ditimpa musibah.

“Hati saya hancur untuk Rocky dan tuannya.

Semoga awak masuk neraka. Awak membunuh haiwan peliharaan seseorang. Semoga satu keluarga kau ditimpa bala,” tulisnya.

Bukan sahaja Kila, seorang lagi selebriti tanah air yang menyerlahkan sikap dangkal berhubung isu anjing sama adalah Atikah Suhaime, namun setelah teruk dikecam gara-gara salah faham, ibu anak satu itu kemudian membuat ‘u-turn’ dengan satu permohohan maaf mengakui kebodohan sendiri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok