573
PELAKON, Irwansyah patah tulang tangan akibat terjatuh ketika menunggang kuda baru-baru ini.
Suami kepada Zaskia Sungkar itu berkongsi insiden malang terbabit dalam Instagram dengan memuat naik gambar dirinya terbaring ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
“Musibah dan rezeki daripada Allah SWT,” tulisnya pada kapsyen.
Tambah Irwansyah, kecederaan yang dilalui itu membuatkan dia lebih memahami kasih sayang Allah terhadap dirinya.
“Musibah patah tangan sebab jatuh berkuda, rezeki pula kerana semakin faham Allah hadirkan isteri dan anak yang luar biasa sayangi aku,” ujarnya lagi.
Rata-rata peminat mendoakan agar kesihatan pelakon filem My Heart itu kembali pulih seperti biasa.