Sakan berjoget, Riena ‘diugut’ nikah dengan Walid

BERBEZA personaliti, pasangan kekasih Keith Foo dan Riena Diana semakin membuatkan emosi peminat membuak-buak untuk melihat mereka ke jenjang pelamin. 

Bagaimanapun, disebabkan perangai ‘gila-gila’ Riena, sebilangan peminat wanita mengugut untuk merampas Keith andai dia tidak ‘behave’ dalam media sosial. 

Saya nak abang Keith Foo, boleh,” seloroh seorang pengguna peminat mengajuk dengan menggunakan dialog drama fenomena lakonan Riena iaitu Bidaah. 

Seorang netizen membalas: “Tak boleh kak, ambil Walid (lakonan Faizal Hussein) je.” 

Riena dilihat menari sakan dalam TikTok mengikuti trend popular ‘Velocity’ bersama kekasihnya itu walaupun Keith pada mula tidak ‘berkenan’ untuk menyertai trend terbabit. 

Riena melakonkan watak Baiduri dalam drama Bidaah yang kini mendapat sambutan luar biasa bukan di Malaysia, bahkan di Indonesia. 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok