Keluarga ‘box office’, Yusof Haslam diminta buka akademi

FILEM Blood Brothers: Bara Naga yang ketika ini menjadi bualan hangat ramai mengundang pelbagai respons positif netizen.

Selain sudah mula minta Blood Brothers 2, ramai turut berharap Datuk Yusof Haslam yang juga selaku penerbit filem tersebut membuka sebuah akademi khas bagi melahirkan lebih ramai pengarah muda berbakat.

Katanya, permintaan tersebut disebabkan kagum dengan kehebatan dua anak Yusof iaitu Syafiq dan Syamsul yang berjaya menghasilkan banyak naskhah hebat serta Box-Office.

“Hebat anak-anak Datuk. Tolong buka akademi untuk anak-anak muda lain supaya boleh kembangkan bakat mereka.

Bangga dengan bakat Syafiq dan Syamsul, harap keluarga mereka buka satu platform untuk lahirkan lebih ramai pengarah pelapis,” komen netizen.

Betul juga apa yang netizen suarakan itu sebab kita memang kekurangan pengarah muda.

Harap permintaan itu sampai kepada tuan punya badanlah dan menjadi realiti satu hari nanti.

DIVA: Apa kesudahan kisah cerai Zehra Zambri dan suami ya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok