280
MINGGU ini, nama Khairul Aming kembali mendunia dalam TikTok susulan ramai gagal mengikuti beberapa resipi yang dikongsinya.
Lucu dan tidak kering gusi apabila melihat pelbagai jenis kegagalan dan hasil masakan orang ramai.
Antara resipi yang paling ramai gagal ikuti ialah karamel puding, pancake pisang dan burnt cheese cake.
Namun, berbeza pula yang berlaku pada Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil yang berjaya membuat kek pisang mengikut resipi Khairul Aming dengan cemerlang.
“Halalkan resipi okey. Selepas ini saya nak buka untuk tempahan raya,” katanya.
Perkongsian Aznil itu meraih perhatian ramai sehingga ada yang meletakkan dalam kelompok ‘pelajar terbaik Khairul Aming.’ – HIBGLAM