Kehidupan G-Dragon terus diceroboh ‘Romy’

Nama anggota kumpulan BigBang, G-Dragon sekali lagi meledak apabila muncul satu akaun Instagram misteri yang memaparkan kegiatan sehari-hari penyanyi terbabit. 

Tidak tahu bagaimana fotonya di kediaman tersebar, idola berusia 36 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya dan menegaskan dirinya bukan pemilik akaun tersebut.

“Saya juga sedang mencari siapa pemilik akaun itu. Sangat serabut apabila kehidupan peribadi diganggu. 

Pertama sekali, itu bukan saya. Saya tidak tahu siapa mereka, tetapi mereka seolah-olah berkomunikasi dengan saya menerusi cara tertentu,” katanya menerusi satu rancangan temu bual radio. 

Akaun tersebut mula mendapat perhatian apabila mereka memuat naik foto-foto kasual kehidupan harian G-Dragon dengan jarak dekat. 

Dalam usaha untuk merungkai misteri tersebut, G-Dragon bertindak menghubungi pemilik akaun itu melalui mesej peribadi (DM), namun kecewa apabila tidak mendapat sebarang maklum balas.

Saya memanggil orang ini ‘Romy.’ Ketika saya menghantar mesej kepada mereka dengan bertanya, ‘Siapa anda?’ mereka membaca mesej tersebut tetapi tidak membalas. Itu misteri,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok