Bukan kali pertama, pempengaruh media sosial dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila muncul dengan busana mencolok mata sempena sambutan Halloween baru-baru ini.
Menerusi foto yang dikongsi dalam akaun media sosial, gadis berusia 21 tahun itu memakai dua pasang kostum mengikut tema berbeza iaitu baju bercorakkan harimau bintang dan watak gadis tikus.
“Pusingan pertama (baju harimau bintang).
“Pusingan kedua, saya adalah seekor tikus,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Meninjau dalam ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap penampilan nama penuh Kasih Iris Leona Hairi Azhar itu.
“Tak tahu nak cakap apa lagi, dugaan sungguh.
“Awak lebih baik daripada ini, tolong jangan lakukannya lagi.
“Tabahlah kepada yang melihat, semoga ada hidayah terbaik untuk Leona,” komen netizen.
Meski dihujani dengan kecaman, ada juga netizen yang meminta Leona tidak menghiraukan semua komen negatif diterimanya.
Tahun lalu, Leona pernah dikecam apabila tampil menyambut Halloween denganm menggayakan tiga pasang kostum mengikut tema berbeza iaitu sebagai gadis koboi, watak kartun Betty Boop dan pari-pari. – HIBGLAM