Dulu ‘kampung’, sekarang Lisa ikon fesyen

LEBIH menyerlah dan berbeza, transisi fesyen anggota kumpulan Blackpink, Lisa dilambung pujian netizen yang menyifatkannya sebagai ikon fesyen serta semakin bergaya berbanding awal kemunculannya dahulu.

Sebelum ini ketika penampilan bersama Blackpink, idola berusia 28 tahun itu mempunyai gaya rambut, solekan dan pilihan pakaian yang serba tidak kena serta dengan penampilannya.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi foto perbandingan memaparkan gaya pelantun lagu Rockstar itu dari zaman awalnya bersama Blackpink dengan imej terkini yang makin ‘mendunia’.

“Buruk betul gaya dia ketika bersama Blackpink, memang nampak perbezaan dulu dan sekarang. Gambar lamanya fesyen yang digayakan agak ketinggalan zaman, sekarang dia ikon fesyen,” komen seorang peminat.

“Saya setuju, imej Lisa sudah banyak berubah dari dulu hingga sekara ng. Saya suka solekannya kini lebih cantik,” demikian komen seorang lagi peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok