MANUSIA terpantas dunia, Noah Lyles mendedahkan dirinya berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk semput, disleksia dan kemurungan namun semua itu tidak menghalang dirinya memenangi pingat emas Olimpik.
Lyles atau nama sebenarnya, 27, berkata, kelemahan diri tidak pernah sekali membataskannya untuk menggapai impian pada temasya terbesar dunia tersebut.
Saya ada asma (semput), alergi, disleksia, gangguan kurang daya tumpuan (ADD), anxiety dan kemurungan.
“Namun, apa (masalah) yang kita alami tidak menghalang apa yang kita mahu jadi. Mengapa perlu kita terhadkan diri,” katanya menerusi X.
Terdahulu, juara dunia enam kali itu menamatkan penantian selama 20 tahun AS apabila meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pada aksi final yang berlangsung di Stade de France, Lyles mencatat 9.784 saat (s) menewaskan pelari Jamaica, Kishane Thompson (9.789s) dengan perak, manakala gangsa menjadi milik rakan sepasukan Lyles, Fred Kerley (9.81s).
Pertarungan itu dianggap paling sengit dalam sejarah Sukan Olimpik moden memandangkan Lyles dan Thompson dilihat seperti menamatkan larian dengan catatan masa hampir sama. – HIBGLAM