Bersemut! Woo-bin, Min-ah ‘dating’ beli baju

MELEDAK dalam media sosial apabila foto mesra pelakon Kim Woo-bin dan Shin Min-ah dilihat meluangkan masa bersama membeli-belah di sebuah butik pakaian tersebar. 

Menerusi foto tular itu, Min-ah dilihat leka memilih pakaian dan Woo-bin berdiri menunggu kekasihnya seperti seorang pengawal peribadi.

Gara-gara foto itu, timbul spekulasi mendakwa mereka berdua meluangkan masa bersama di Tokyo, Jepun pada April lalu.

Dakwaan terbabit lebih kuat apabila foto Min-ah dalam Instagram yang mengenakan topi besbol dan juga jaket kulit berwarna coklat dikatakan kepunyaan Woo-bin.

Sebelum ini mereka berdua pernah digandingkan bersama dalam drama Our Blues yang ditayangkan pada 2022. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok