Allah dah tunjukkan bahawa saya tak berbohong – Shuhada

Sekurang-kurangnya Allah sudah tunjukkan saya tidak berbohong tentang perkara ini.”

Demikian kata bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sebagai respons selepas Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada.

Bagaimanapun, Shuhada atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendoakan yang baik-baik buat bekas suaminya itu dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira,” katanya.

Terdahulu, teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira khirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu dalam Instagram pagi tadi.

Athira adalah wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon terbabit dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Dalam dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan bahawa Athira merupakan cinta pertamanya dan sudah berkenalan sejak berusia 15 tahun.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang panjang.

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok