‘Motivasi untuk terus belajar’ – Anna Jobling tapau Terhangat AMT2026

AKTRES Anna Jobling sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) yang berlangsung Selangor Convention International Centre (SACC), malam tadi..

Anugerah utama tersebut menjadi pengiktirafan tertinggi buat figura berpengaruh yang mencipta impak positif, mencetus momen tular serta menerima sokongan kuat daripada masyarakat sepanjang tahun.

Bukan sahaja trofi utama, Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, turut memenangi kategori Selebtriti Feminin Terhangat dan Drama Sangat Terhangat menerusi Yes! Captain Zul Aaryan lakonan bersama Jazmy Juma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Anna, dia menyifatkan kemenangan yang diraih sebagai pencetus kepadanya untuk terus memberi lebih baik dalam setiap perkara dilakukan sebagai anak seni.

“Anugerah ini adalah motivasi untuk saya terus belajar dan buat lebih terbaik dalam industri.

Saya mahu cuba memberi impak yang lebih besar dalam industri seni.

“Terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan sejak saya menceburkan diri dalam dunia lakonan,” katanya ketika ditemui pada sidang media AMT2026 hari ini.

Dalam acara sama, Hael Husaini pula membawa pulang trofi Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO.

Anak kepada penghibur terkenal, Datuk Jamal Abdillah iaitu penyanyi, Zaki Yamani pula meraih trofi pertamanya, Fresh Rising Star Terhangat Darlie.

Penyanyi Aisha Retno pula membuktikan lagu raya Jodoh Lebaran yang tular pada Hari Raya Aidilfitri lalu pula membawa kejayaan dengan meraih Selebriti Couple Goals Terhangat.

Aktor, Fattah Amin mengulangi kejayaan tahun lalu apabila diumumkan memenangi kategori Selebriti Maskulin Terhangat dan Amir Masdi juga sekali lagi membawa pulang yang diraih tahun lalu iaitu Selebriti Muzik Terhangat.

Sementara, pemenang empat lagi kategori iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat akan diumumkan pada Konsert Cuckootopia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Oktober depan.

Bertemakan ‘power’, AMT2026 malam ini dihoskan Ain Edrice dan Kamal Adli dengan persembahan hebat barisan penyanyi Adira Suhaimi, Nadeera, Aisha Retno, Ernie Zakri, Misha Omar dan Dolla. – HIBGLAM

Senarai pemenang:

Fresh Rising Star Terhangat Darlie: Zaki Yamani
Selebriti Maskulin Terhangat: Fattah Amin
Selebriti Feminin Terhangat: Anna Jobling
Selebriti Muzik Terhangat: Khai Bahar
Selebriti Couple Goals Terhangat: Janna Nick & Dini Schatzman
Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO: Hael Husaini
Selebriti Viral Terhangat: Aisha Retno
Selebriti Stailo Terhangat: Meerqeen
Tonton Original Terhangat: Neraka Yang Terhijab (Global Station)
Lagu Terhangat: Nurcinta (Amir Masdi)
Drama Sangat Terhangat: Yes! Captain Zul Aaryan (Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd)
Direktor & Filem Terhangat: Bobby Husaini (Libang Libu)

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok