AKTOR Daniel Radcliffe berkongsi momen lucu apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun belum memahami populariti dan kerjayanya sebagai pelakon terkenal Hollywood.
Bintang filem Harry Potter berusia 36 tahun itu mendedahkan, anaknya kebingungan apabila melihat si bapa dalam televisyen ketika mereka menonton Olimpik Musim Sejuk.
Radcliffe juga mengakui sukar menjelaskan kerjayanya kepada anak kecil itu kerana profesion sebagai pelakon tidak semudah pekerjaan lain untuk difahami.
Anda tahu pekerjaan anda pelik apabila sukar menerangkannya kepada seorang kanak-kanak. Polis, bomba atau doktor mudah dijelaskan, pelakon agak rumit,” ujarnya.
Radcliffe dan pasangannya, Erin Darke, menyambut kelahiran anak pertama mereka pada April 2023, namun memilih menjaga privasi putera mereka termasuk tidak mendedahkan namanya kepada umum. – HIBGLAM
