‘NZ… tergamak sakiti saya’ – FifyAzmi dedah kekasih curang

KECOH dalam Threads apabila pelakon Fify Azmi mendedahkan dirinya pernah dicurangi bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, berkongsi beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa membuktikan berlaku ketidakjujuran dalam hubungan tersebut.

Lebih mengejutkan, nama pempengaruh kontroversi dari Singapura iaitu Sarah Yasmine kelihatan dalam tangkap layar tersebut.

“Tak pernah terfikir pun nak kongsi perkara macam ni. Tetapi jika ini membantu walaupun seorang wanita untuk mempercayai nalurinya, maka ia berbaloi.

Ini adalah peringatan bahawa pengkhianatan tidak selalunya datang daripada orang yang tidak dikenali, dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang anda harus andaikan hanya kerana seseorang itu kelihatan baik, baik hati atau nampak beragama.

“Sesetengah pengkhianatan tidak menghancurkan anda. Mereka mendedahkan siapa yang tidak pernah ditakdirkan untuk kekal dalam hidup anda,” tulisnya.

Ujar pelakon filem Wira itu lagi, dia kini sudah ‘move on’ dan melupakan kisah hitam yang berlaku dalam hidupnya namun kesal kerana dia dapat tahu tentang kecurangan itu pada ulang tahun kelahirannya.

“Saya telah belajar bahawa kedamaian jauh lebih berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah.

Saya bukan jenis wanita yang menyerang atau memaki perempuan kerana dikhianati lelaki. Jika pasangan saya curang, kekecewaan saya ditujukan kepada orang yang berhutang kesetiaan dan janji kepada saya.

“Persoalan yang terus bermain di fikiran macam mana orang boleh buat macam tu kat saya?

Saya tertanya-tanya bagaimana seseorang yang mengaku mencintai saya masih boleh memilih untuk menyakiti saya pada hari lahir saya yang ke-36,” tulisnya.

Tambahnya lagi selepas apa yang berlaku, dirinya kini menjadi seorang yang pendiam.

“Apa yang saya tahu, sebahagian daripada diri ini menjadi lebih pendiam selepas itu.

NZ… Semoga semuanya dipermudahkan untuk apa yang bakal terjadi selepas ini.

“Saya memasuki babak baru dalam hidup dengan ketenangan, kekuatan, dan harga diri. Apa yang ditakdirkan untuk saya akan datang, dan apa yang pergi tidak pernah ditakdirkan untuk tinggal.

Semoga kita semua menemui orang yang ikhlas, baik hati, dan tepat untuk perjalanan kita, Insya-Allah, Amin, kongsinya.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Ramai yang mengecam tindakan Sarah Yasmine yang dikatakan suka mengganggu kekasih orang dan membuat onar dengan selebriti Malaysia.

Biarpun Fify tidak mendedahkan siapa bekas kekasihnya itu, namun ramai yang memetik nama pelakon Niezam Zaidi kerana aktor itu pernah dikaitkan bercinta dengannya sebelum ini.

Sarah Yasmine sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menjadi salah seorang daripada wanita yang menjalin hubungan dengan penyanyi Aliff Aziz saat dia masih bergelar suami kepada Bella Astillah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok