Jake Gyllenhaal tak suka ‘pose’ depan kamera

MENJADI wajah beberapa jenama mewah antarabangsa, pelakon Jake Gyllenhaal kurang selesa menjalani sesi fotografi untuk peragaan atau kempen fesyen. 

 Bintang filem The Day After Tomorrow itu mendedahkan berasa janggal berdiri sendirian di hadapan kamera.

“Saya tidak pernah rasa selesa merakamkan foto untuk bahan fesyen kerana lebih suka berlakon dan mengekspresikan diri.

“Paling saya suka adalah berhubung dan kolaborasi dengan individu lain, bukan sekadar ‘pose’ sendirian di depan lensa.

Menurut aktor berusia 45 tahun itu, seni merupakan  proses kolaboratif yang melibatkan ramai orang serta membabitkan hubungan sepanjang proses kreatif berlangsung.

Terbaru, Gyllenhaal kini menjadi wajah kepada beberapa koleksi aksesori  mewah termasuk jam tangan premium.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok