TERUJA menanti kelahiran cahaya mata sulung, pelakon Eyka Farhana berkongsi khabar gembira bakal menimang bayi lelaki.
Suaminya juga pemain bola sepak, Akhyar Rashid melompat kegembiraan pada pengumuman di majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung semalam.
“Syukur Alhamdulillah it’s a…,” tulisnya dalam ruangan kapsyen di Instagram.
Menerusi komen, ramai artis serta peminat mengucapkan tahniah selain mendoakan urusan pasangan itu dipermudahkan.
“Bayi lelaki! Tepat sangkaan saya! Tahniah sayangku Eyka Farhana. Saya tumpang gembira,” kata pelakon, Elisya Sandha.
Terdahulu, pada Februari lalu, Eyka, 31, berkongsi berita kehamilannya menerusi satu video sesi fotografi bersama suami di pantai.
Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024. – HIBGLAM
