Nak kahwin, Zul Ariffin diburu ramai wanita

NAMA Zul Ariffin kembali hangat selepas video temu bual bersama media menyentuh soal jodoh dan masa depan tular dalam media sosial.

Menerusi temu bual tersebut, bintang drama Sheriff: Narko Integriti itu berkata, dia tidak menolak kemungkinan mendirikan rumah tangga sekitar usia 40-an, namun enggan terburu-buru memilih pasangan hidup.

Belum buka ruangan komen pun Diva sudah agak mesti akan meriah dengan usikan kaum hawa yang kesunyian.

Bagai disangka, deretan wanita tampil mempromosikan diri lengkap dengan butiran peribadi seperti tinggi, berat, kerjaya seolah-olah sedang mengisi borang permohonan cinta!

Diva hanya mampu tersenyum, untung benar jadi Zul, belum mencari, sudah dikerumuni.

DIVA: Entah bila agaknya episod Fattah dan Fazura akan reda, pening juga buka media sosial saban hari lihat cerita sama berulang kali.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok