SERING dipuji cantik, pelakon Nabila Huda tidak lokek berkongsi petua yang diamalkannya.
Tanpa perlu rutin mahal atau rawatan mewah, anak kepada Amy Search itu memilih jalan sederhana iaitu minyak kelapa yang menjadi rahsia kecantikan kulit wajahnya.
Dari luar hingga dalam, disiplin diamalkan cukup konsisten hingga ramai terpegun melihat hasilnya.
Lebih menarik, aktres filem Gayong itu juga mengamalkan teknik berkumur menggunakan minyak kelapa demi memastikan gigi kekal putih dan sihat.
Amalan ringkas tersebut mula menjadi ikutan ramai hingga ada mendakwa kulit semakin lembut dan halus selepas mencuba.
Diva pun terdetik mahu mencuba, mana tahu boleh berseri seperti Nabila!
DIVA: Sudah-sudahlah Sarah Yasmine, jangan keruhkan suasana. Lebih-lebih pula, siapa nak layan!
