SELALU Diva dengar orang kata mahu beli selipar pun kena paling cantik apatah lagi memilih suami.
Barangkali pilihan yang dilakukan pelakon Puteri Aishah sangat ‘menjadi’ apabila dikurniakan suami berwajah tampan.
Katanya, setiap kali buka mata di pagi hari nampak pemandangan menyenangkan, membuatkan hati berbunga-bunya.
Pun begitu, seperti biasa, alam maya tidak pernah sunyi dengan suara sumbang. Ada memuji, tidak kurang juga memandang sinis perkongsian Aishah.
“Biasa sahaja rupa suaminya, dekat pasar Selayang berlambak muka macam itu,” tulis seorang netizen seolah-olah menjadi juri tidak diundang.
Aduhai, pedih juga membaca komen sebegitu. Bagi Diva, bahagia itu milik empunya diri, bukan untuk ditimbang orang luar.
DIVA: Separuh Akhir AJL ke-40 makin hampir, berdebar menanti siapa bakal mara ke pentas akhir.
