‘Tak dapat sertai konsert Nourul, saya ada komitmen lain’

 “SAYA tidak dapat sertai konsert itu kerana sibuk dengan persiapan konsert Exists Reunion.”

Demikian pendedahan Ajai yang terpaksa menolak pelawaan muncul dalam konsert bekas Isterinya, Nourul Depp di Zepp KL pada 30 Mei ini.

Pemilik nama sebenar Mohd Faizal Maas, 52, itu berkata, meski ada keinginan untuk kembali berkongsi pentas dengan Nourul, kekangan masa menyukarnya dirinya memberikan komitmen buat masa ini.

Selain terikat dengan persiapan konsert Exists yang akan berlangsung pada Ogos dan Oktober nanti, saya ada beberapa komitmen lain dipersetujui lebih awal.

“Mungkin kalau ada rezeki lain, manalah tahu ada konsert Ajai dan Nourul rasanya itu lebih afdal,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Usanita, baru-baru ini.

Tiada istilah bermasam muka, tegas Ajai apa yang berlaku antaranya dengan Nourul sudah menjadi sejarah lampau dan bukan satu masalah buat mereka.

Kami berdua sudah ‘move on’, ada kehidupan masing-masing. Saya memang terbuka untuk lakukan konsert bersama Nourul.  ‘Sudah ‘move on’, saya tiada masalah

“Saya rasa untuk bagi komitmen pun tiada masalah, cuma saya tak dapat buat kali ini disebabkan tugasan lain yang sudah dipersetujui,” ujarnya.

Tidak lupa mendoakan kelancaran konsert For You Nourul, Ajai menyifatkan kemunculan semula penyanyi itu sebagai petanda positif.

Untuk rekod,  Ajai dan Nourul pernah berkahwin pada 25 Disember 1996 namun berpisah pada 28 Februari 2007.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah yang kini berumur 27 tahun. – KOSMO! ONLINE

atukan dengan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah yang kini berumur 27 tahun. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok