‘Terjebak terlalu jauh, saya minta maaf kalau tersalah cakap’

AKTOR sensasi Indonesia Jefri Nichol mengakui sudah ‘hanyut’ terlalu jauh selepas melayan lambakan komen menggunakan dialek Kelantan menerusi platform Threads sejak semalam.

Menurut Jefri, 27, dia memohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati atau berlaku salah faham dalam situasi itu.

“Saya rasa sudah terjebak terlalu jauh dengan ‘inside jokes’, gosip atau apa-apa yang seumpamanya berkaitan Malaysia.

“Saya tak mahu  mengguris perasaan sesiapa.

Minta maaf ya kawan-kawan kalau saya ada tersalah cakap sebab memang betul-betul tak faham situasi yang sedang berlaku dalam ruangan komen itu,” katanya dalam platform Threads.

Hasil tinjauan HibGlam, Jefri dilihat rancak membalas komen netizen Malaysia sejak semalam selain berusaha untuk memahami setiap perkataan dialek Kelantan.

“Tak oseh (tok ser) kak, I nak order pisang cokodok.

I dah ‘translate’ mung punyo tweet ini.

“I’m tired of the bebi shit bro,” antara komen balas Jefri.

Semalam, Jefri menyuarakan rasa pelik apabila ruangan komen beberapa hantaran Threads dibanjiri kata-kata dalam dialek Kelantan termasuk selepas memuat naik foto bersama ibunya.

“Kenapa orang Malaysia di bahagian komen hantaran saya dengan mama?

“Gue ga ngerti anjir (Saya tak faham),’ ujarnya.

Dia bagaimanapun memaklumkan tidak tersinggung apabila kisah cinta dengan bekas kekasih yang juga pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi bahan gurauan netizen selagi tidak melibatkan hal keluarganya.

Terima kasih penjelasannya kak. Tidak mengapa nak bergurau tentang saya tapi jangan tentang mama atau ibu saya,” tuturnya.

Pada November tahun lalu, hubungan cinta Ameera dan Jefri didakwa terlerai selepas kedua-duanya memadam foto bersama serta tidak lagi saling mengiktui akaun Instagram masing-masing.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok