‘Alamak, awal sangat’ – Marissa Dania nak buat pusingan-U?

SEJAK mendedahkan akan berpisah dengan suaminya, pempengaruh media sosial sensasi, Marissa Dania mendapat sokongan ramai.

Ramai netizen yang menyokong tindakan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim itu untuk meninggalkan suaminya, Ahmad Aslam selepas dua kali diceraikan lelaki itu.

Abby juga dilihat gembira dengan keputusan yang dibuat anaknya untuk berpisah selepas melalui kemelut rumah tangga yang berpanjangan.

Pun begitu, ramai netizen yang mulai risau seandainya Marissa membuat pusingan-U memilih untuk tidak jadi berpisah.

Kebarangkalian perkara tersebut berlaku juga menunjukkan potensi selepas kakak kepada isteri pertama Aslam, Umisya meminta agar abang Marissa iaitu Danish Hakim untuk memeriksa keadaan adiknya yang tinggal berseorangan di rumah.

“Danish jangan seronok ‘up’ status. Tolong! Awak anak sulung, jalankan tanggungjawab awak ganti papa awak. Tolong jadi sistem sokongan untuk adik awak sekarang.

“Hubungi mama, abah, mummy, papa awak sekarang. Pergi periksa keadaan adik awak. Tanya dia okey ke tidak. Dia sekarang seorang diri di rumah tu tengah nak ‘U-turn’ balik ni dari semalam.

“Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama dengan biar dia macam tu. Tolong ambil iktibar dengan apa yang dah jadi sebelum ini. Berhenti kacau emosi dan mental Umisya,” kongsi Kakak Umisya yang dikenali sebagai Kak Ya Nadia dalam Instagram.

Status terkini Umisya dalam Threads juga turut mencuri perhatian ramai.

“Alamak awal sangat,” tulisnya.

Ruangan komen dalam Threads kembali rancak dengan pendapat netizen yang rata-ratanya berharap agar Marissa meneruskan niatnya untuk berpisah dengan Aslam.

“Tolong jangan ‘U-turn’. Kami sokong ‘penyondol’ mengalah. Lagipun muka adik (Marissa) tak layak pegang gelaran penyondol itu. ‘Move on’ cari lelaki yang lebih kacak dan kata Raya,” komen netizen.

Terdahulu, semalam Marissa mendedahkan dia akan berpisah dengan Ahmad Aslam selepas prosiding pengesahan lafaz talak dan rujuk kali kedua mereka selesai.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023. Ketika itu Aslam sudah pun bergelar suami Umisya yang dinikahi pada Julai 2020. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok