AKTRES Nur Fazura mengakui gembira pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq selamat bertunang pada 28 Mac lalu.
Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, Bella beruntung kerana dipertemukan dengan pasangan yang menerimanya dan dua cahaya mata dengan penuh kasih sayang.
“Kita mendoakan dan akhirnya hanya Allah SWT Maha menentukan yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.
“Tahniah buat adikku, Bella Astillah kini menjadi tunangan lelaki budiman, Syed Saddiq yang menyayangimu dan anak-anak dengan sepenuh hati,” katanya dalam media sosial.
Dalam masa sama, dia mendoakan agar jodoh pasangan yang terkenal dengan gelaran BASS itu kekal ke akhir hayat.
“Semoga Allah SWT melindungi kalian dengan hikmah, petunjuk, keredhaan-NYA dan kasih-sayang yang tersemai di dalam hati kalian sentiasa mekar di dunia serta akhirat, amin.
“Bahagia kalian, bahagia kami,” katanya yang turut hadir ke majlis pertunangan Bella dan Syed Saddiq baru-baru ini.
Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis di ibu negara pada 28 Mac lalu.
Sebelum itu, Bella dilamar Ahli Parlimen Muar berkenaan ketika mendaki puncak Gunung Kinabalu difahamkan sekitar Januari lalu. – HIBGLAM
