Red Box lancar carta lagu raya, perkasa muzik lokal

SYARIKAT rangkaian pusat karaoke, Red Box Karaoke secara rasmi mengumumkan peningkatan strategi jenama sempena acara Kongsi Raya Media & Artis Night 2026 dengan visi baharu untuk menjadi Hab Sosial No.1 Asia (Social Hub).

Dalam masa yang sama, Red Box turut memperkenalkan inisiatif platform terbuka, yang membolehkan pencipta muzik tempatan termasuk termasuk artis indie dan bakat baharu sekali gus memuat naik karya mereka ke dalam sistem karaoke secara percuma. 

Inisiatif ini bertujuan memberi lebih banyak peluang pendedahan kepada karya tempatan serta memperkukuh perkembangan ekosistem muzik dan keterangkuman budaya di Malaysia.

Sebagai salah satu jenama karaoke paling ikonik di Malaysia, Red Box telah lama menghubungkan masyarakat melalui muzik, hiburan dan komuniti. 

Dengan penjenamaan semula sebagai hab sosial, Red Box kini melangkah lebih jauh daripada sekadar pusat hiburan tradisional kepada sebuah platform bersepadu yang menggabungkan pengalaman hiburan, penyebaran kandungan dan interaksi sosial.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, acara ini menghimpunkan artis, rakan media, pemuzik, rakan perniagaan serta pembekal bagi meraikan pencapaian sepanjang tahun lalu serta menandakan fasa baharu perkembangan Red Box.

Majlis ini juga menjadi platform penting untuk mengukuhkan jaringan serta kerjasama dalam industri muzik dan hiburan.

Antara kemuncak acara adalah pengumuman carta muzik tahunan, termasuk 10 Lagu Raya Melayu Terbaik 2026 dan 10 Lagu Melayu Tempatan Terbaik 2025.

Kesemua carta ini adalah berdasarkan data sebenar pilihan lagu pengguna Red Box di seluruh negara, sekali gus mencerminkan citarasa rakyat dan trend pasaran semasa secara tepat.

Pendekatan berasaskan data ini menjadikan carta tersebut mempunyai kredibiliti tinggi serta menjadi rujukan penting dalam industri muzik tempatan.

Pengarah Urusan Red Box, Terry Swee, berkata muzik mempunyai kuasa untuk merentas bahasa dan budaya.

Kami mahu menyediakan platform supaya lebih banyak karya dapat didengari. 

“Dengan membuka sistem karaoke kami, kami merendahkan halangan kepada pencipta dan membolehkan karya asli mencapai audiens yang lebih luas melalui rangkaian Red Box,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok