33 tahun tak pernah dengar Syed Saddiq ucap ‘i love you’ – Syed Abdullah

 

ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah mendedahkan adiknya sangat menyayangi dan mencintai tunangnya yang juga pelakon, Bella Astillah.

Menurutnya yang mesra dengan langgilan Space Dollah, menguatkan lagi kenyataan tersebut ialah apabila dia terkejut mendengar Syed Saddiq mengungkapkan kata-kata cinta kepada bakal isterinya.

“Di saat saya tahu awak benar-benar jatuh cinta dengannya ialah ketika saya mendengar awak berkata, saya cintakan awak (i love you) kepada Bella.

“Fakta menarik, sepanjang 33 tahun saya mengenalinya, saya tidak pernah sekali pun mendengar dia mengucapkan kata-kata tersebut,” katanya dalam platform Threads.

Sama seperti orang lain, dia turut berdoa agat hubungan yang terjalin antara Syed Saddiq dan Bella kekal berpanjang sehingga ke hayat.

“Saya mendoakan yang terbaik buat kalian berdua.

“Dengan penuh kasih sayang, Presiden BASS,” ujarnya.

Semalam, tepat pukul 3.30 petang, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis.

Syed Saddiq juga mengundang perhatian ramai apabila hadir membawa jambangan bunga kepada bakal isterinya.

Bakal pengantin terbabit bertukar hantaran iaitu lima dulang berbalas tujuh daripada Bella yang juga berkonsepkan Gunung Kinabalu simbolik tempat Syed Saddiq melamarnya pada Januari lalu.

Syed Saddiq pula turut menyerahkan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak Bella, Ayden dan Ara, sebagai simbol kasih serta keprihatinan beliau terhadap masa depan mereka.

Terdahulu, pasangan yang mula intim sejak awal tahun 2025 itu diraikan sekitar 150 tetamu termasuk selebriti yang hadir berbaju tradisional mengikut tema warna kuning. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok