KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah dua anak kecil, Ayden Adrean dan Ara Adreanna menjelang momen bahagia majlis pertunangan ibunya, Bella Astillah dengan ahli politik Syed Saddiq.
Ayden atau nama sebenarnya Mohamad Ayden Adrean, 9, kelihatan ceria dan selain turut memanggil tunangan ibunya dengan gelaran ‘daddy’, sekali gus mencuri tumpuan ramai.
“Daddy, selamat datang ke keluarga kami. Happy sangat sebab daddy baik, handsome dan perangai macam saya.
“Kami jarang keluar jalan-jalan, tapi kami suka berenang dan jogging bersama. Saya suka sangat.
“Tahniah buat mummy dan daddy,” katanya menerusi sebuah video,
Sementara itu, adik kepada Bella, penyanyi Didie Astillah, turut menyatakan rasa lega akhirnya dapat berkongsi berita gembira itu kepada umum.
“Penat dah simpan rahsia. Happy sangat akhirnya dapat bagitau dorang sebenarnya sedang bercinta. Sebelum ini saya memang jaga tutur kata takut tersalah cakap, lepas ni sudah boleh post video ‘sweet’ mereka
“Pesanan saya untuk abang Saddiq, semoga abang dapat jaga hubungan dengan kaklong dan memastikan semuanya hingga ke jinjang pelamin, insya- Allah,” katanya.
Untuk rekod, Ayden merupakan anak hasil perkahwinan Bella bersama penyanyi Aliff Aziz.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 13 Jun 2024 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Ara Adreanna, 6 tahun.
Majlis pertunangan Bella dan Syed Saddiq dijadualkan berlangsung di ibu negara pada pukul 3 petang dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani dan Astro Ria.
Difahamkan, hanya sekitar 150 tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan terdekat dijemput menghadiri acara bersejarah itu. – HIBGLAM
