Terlepas banyak momen Ramadan, raya, Ezzanie Jasny nak cuti tahun depan

PELAKON Ezzanie Jasny berhasrat untuk berehat Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun depan selepas terkilan tidak dapat menikmati musim perayaan sepenuhnya kali ini.

Pemilik nama penuh Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, itu berkata, hasrat tersebut tercetus selepas berasakan dia terlepas pelbagai momen bersama keluarga termasuk menghadiri rumah terbuka dan bercuti bersama keluarga.

“Saya rasa sudah bertahun-tahun bekerja pada bulan puasa dan raya.

“Setiap tahun macam sama saja. Dapat cuti sekejap saja kemudian sambung kerja semula.

“Saya pun tak tahu, adakalanya rasa sedih juga sebab macam tak sempat betul-betul berseronok seperti masa dengan keluarga, pergi rumah terbuka kawan-kawan, raya pula setahun sekali saja,” katanya.

Susulan itu, dia yang mahu ‘bercuti’ pada tahun depan dengan harapan akan dapat merasai semua momen manis terutama pada hari raya.

“Mungkin tahun depan saya rasa nak berehat, sekurang-kurangnya sekejap ketika puasa dan raya.

“Cuma nak ada dalam setiap momen dan menikmatinya tanpa rasa tergesa-gesa atau asyik memikirkan kerja.

“Saya tak nak terus terlepas semua momen berharga lagi. Harap tahun depan saya akan dapat merealisasikannya,” katanya lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok