PELAKON Kamal Adli enggan berkompromi dengan seorang individu dikenali sebagai Tareq Fit yang sewenang-wenangnya mencaci gaya hidup mana-mana individu di media sosial.
Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adl, 40, berkata, selagi dibiarkan perbuatan jurulatih kecergasan tersebut akan menjadi-jadi benih kebencian dalam kalangan masyarakat.
“Sejak semalam sampai ke hari ini, bertubi-tubi rakyat bedal Yusuf Taiyob (Tareq Fit). Memang padu rakyat.
“Rakyat pun selama ini baik dan berbudi bahasa tapi lama-kelamaan makin menjadi-jadi hantaran (posting) mamat itu,” katanya dalam satu muat naik di Threads.
Pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Niyang Rapik itu turut menyatakan individu terbabit sudah seperti kematian akal untuk kekal relevan di media sosial.
Katanya, tindakan tidak habis-habis mencari menyebarkan aib orang lain bukanlah ajaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW seperti dilakukan Tareq.
“Hujung-hujung, kau yang koyak bertukar macam budak-budak bodoh.
“Modal kau sotong dan membodohkan orang tunggang konon cakap itu cara Rasulullah,” coret Kamal lagi.
Terdahulu, individu terbabit membuatkan ramai berang apabila dengan membabi buta menyebarkan aib terutama mereka yang berpewatakan lembut dan golongan pekerja industri kreatif.
Sebagai balasan, netizen semakin hilang sabar apabila mengkritik dirinya semula dengan menyelongkar sejarah hidupnya yang sebelum ini pernah gemuk.
Selain itu, pengguna media sosial juga mempersoal tindakan isterinya dikatakan mencukur kening sendiri yang terang-terangan ditegah agama Islam. – HIBGLAM
