DI sebalik kegemilangan berada di puncak populariti suatu ketika dahulu, penyanyi Mawi pernah berhadapan dengan situasi menjijikkan apabila menerima hadiah berupa seluar dalam wanita yang dipercayai sudah dipakai.
Lebih membuatkan dahi berkerut, Mawi atau nama asalnya Asmawi Ani, 45, memaklumkan seluar dalam jenis g-string tersebut mempunyai kesan lendir yang masih segar.
“Waktu itu ada satu negara ini saya pergi untuk buat persembahan, selepas balik bilik hotel penuh hadiah dalam bilik saya.
“Saya bukalah hadiah-hadiah itu dengan ayah. Bila saya buka salah satu hadiah, kotak warna merah jambu siap dengan reben.
Wangi, sekali tengok ada satu kertas dan bila buka seluar dalam perempuan, g-string. Seluar dalam itu dah pakai dan ada lendir,” katanya dalam sebuah audio siar.
Terkejut dengan situasi tersebut, pelantun lagu Kian itu panik sebelum ditenangkan bapanya yang turut sama menyaksikan insiden pahit terbabit.
“Saya pun panik, ayah cakap jangan sentuh. Dia ambil penyangkut baju dan tarik.
Lendir itu jatuh, masih segar. Ayah saya masukkan dalam mangkuk tandas dan ‘flush’, selesai. Seram juga itu,” ujarnya.
Menyifatkan populariti yang dikecapinya dahulu sebagai satu ujian yang sangat besar, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu mengakui godaan wanita adalah antara cabaran paling sukar untuk ditepis.
“Ujian wanita yang datang ini memang masya-Allah. Nak tepis macam mana itu kena betul-betul kuatlah.
“Yang datang bukan biasa-biasa,” tuturnya lagi.
Untuk info, Mawi mula menapak dalam industri seni Malaysia pada tahun 2005 selepas menyertai AF musim ketiga dan dinobatkan sebagai juara.
Sepanjang berada dalam program tersebut, fenomena Mawi dibentuk daripada kemenangannya sehingga tercetus fenomena Mawi World yang menjadi sebutan dan ikutan satu negara.
Dia juga pernah digelar ‘Raja SMS’ apabila meraih RM12.6 juta undian sepanjang sembilan minggu dalam AF sekali gus menjadi pelajar paling tinggi undian dalam sejarah. –
