SELEPAS sahur semalam, Diva ternampak sebuah video memaparkan Fazura sedang berbual dengan petugas syarikat tekstil yang melantiknya menjadi duta.
Wanita berkenaan memberitahu Fazura, pakaian dalam bungkusan plastik yang ada di atas meja tersebut adalah pembelian Kamal Adli untuk bekas isteri iaitu Uqasha Senrose dan anaknya, Hawra Uqaira.
Memang terkejut Fazura mendengarnya dan dia turut memuji Kamal kerana membeli baju raya buat Uqasha.
Kamal Adli belikan baju untuk Uqasha dan anaknya, ‘surprise’.
“Kamal, kak Faz respek,” ujarnya.
Tersenyum lebar Diva dengar perkara tersebut dan disebabkan itu, berbakul-bakul pujian diterima Kamal dalam ruangan komen.
Sikap begitu yang perlu dicontohi, bukannya berperang dengan bekas pasangan dalam media sosial. Bravo Kamal!
DIVA: Ramai selebriti yang bercerai tahun lalu meraikan hari raya tanpa pasangan pada lebaran ini.
