PELIK apabila di bulan Ramadan pun masih ada individu yang sanggup melakukan perbuatan jahat seperti yang berlaku kepada pelakon, Hannah Delisha, baru-baru ini.
Daripada perkongsian saksi di tempat kejadian, dia melihat seorang lelaki kelihatan mahu menyentuh tangan aktres terbabit di sebuah majlis.
Hanna juga didakwa tampak kurang selesa apabila cuba menjauhkan diri bagi mengelakkan gangguan berterusan.
Eh, kenapa pula nak pegang-pegang wanita. Tak kira siapa pun, apatah lagi nak kacau isteri orang? Memang melampau sungguh.
Harapnya mereka yang berperangai pelik begini perlu dijerkah beramai-ramai bagi merancang semula urat malunya yang mungkin sudah putus.
Kasihan Hannah, Diva sukar bayangkan bagaimana dia berhadapan situasi sebegitu. Agak-agak diganggu lagi, jerit saja biar semua tangkap pelaku.
DIVA: Kasihan Azar Azmi, sudahlah karier lakonannya musnah, suami pula berdepan tuduhan tipu orang juta-juta.
