Daniel Radcliffe tak mahu anak jadi pelakon

MERAIH kemasyhuran ketika kanak-kanak, aktor Daniel Radcliffe mengakui tidak akan mengizinkan anaknya mengikuti jejak langkahnya.

Bintang filem Harry Potter yang popular sejak berusia 11 tahun itu mengakui cabaran serta ranjau dilalui suatu ketika dahulu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Radcliffe, 36, berkata, puteranya yang baru berusia dua tahun masih terlalu hijau untuk diketengahkan, namun jika boleh dia mahu puteranya itu menceburi kerjaya lain.

Saya lebih selesa dia tidak menjadi aktor walaupun saya dan ibunya, sama-sama bekerja dalam bidang seni lakon.

“Saya juga inginkan dia mempunyai mempunyai pekerjaan dengan identiti dan rasa percaya terhadap dirinya tidak terlalu bergantung pada pekerjaan itu,” ujarnya.

Sehingga kini Radcliffe serta kekasihnya, Erin Darke tidak pernah berkongsi wajah anak tunggal mereka demi menjaga privasi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok