Amir Afnaf, Daiyan Trisha serasi!

PEMINAT Amir Ahnaf tidak senang duduk apabila melihat pelakon kesayangan mereka berduet dengan Daiyan Trisha menyanyikan lagu Jom Raya versi akustik.

Rata-rata memuji bakat dan vokal Amir yang jarang dipersembahkan kepada umum sebelum ini.

Peminat bahkan turut meminta Amir dan Daiyan muncul dengan single duet selepas ini.

“Tak sangka, Amir pandai menyanyi. Kena pula dengan suara Daiyan.

“Dua suara yang harmoni, tenang sahaja bila dengar.

“Tolong semua ‘request’ Daiyan dan Amir buat lagu bersama selepas ini,” pinta peminatnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok