’22 tahun menyanyi, akhirnya ada lagu raya sendiri’

PENYANYI Farahdhiya tidak kisah sekiranya lagu raya pertamanya yang dilancarkan baru-baru ini tidak meraih sambutan hebat seperti karya milik artis lain.

Menurut Farahdhiya, dia sudah melunaskan tanggungjawab sebagai anak seni dan enggan terlalu enggan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap lagunya.

“Sejujurnya, saya tidak fikir nak bersaing bila lancarkan lagu raya sebab tugas kita dalam industri sebagai penyanyi adalah menghasilkan karya-karya baharu.

Jangan sesekali jadi negatif  dengan menganggap sesetengah lagu tak boleh popular atau lagu orang lain lebih sedap.

“Jadi, kita kena terus jalan. Popular atau tidak itu cerita lain, yang penting kita terus berkarya dan sebenarnya itu saja caranya untuk kita terus relevan. Kalau awak tak ada keluarkan benda baru, apa relevannya awak dalam industri?” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya 2026, baru-baru ini.

Jelasnya, dia hanya i fokus kepada diri sendiri dan mahu beri hasil kerja terbaik buat peminat.

Saya tak pernah fikir fasal orang lain. Saya buat dan nak yang terbaik untuk produk sendiri.

“Kalau orang suka, Alhamdulillah, jika tidak suka, kita cuba lagi, ” ujarnya.

Berkongsi tentang lagu rayanya, dia berkata karya tersebut dilancarkan bagi mengubat rindu peminat yang menanti selama 22 tahun.

“Mesti orang tak sangka saya akan muncul dengan lagu raya ditambah pula genre yang lebih catchy, berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini iaitu berentak balada.

Saya rasa ini perkara yang bagus, sesuatu yang segar untuk peminat yang mungkin tunggu lagu baru tetapi saya beri mereka lagu raya.

“Selama 22 tahun menyanyi, saya tak pernah keluar lagu raya, jadi sekurang-kurangnya sudah ada lagu raya sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Farahdhiya melancarkan lagu raya pertama berjudul Eh Ah!Raya selepas lebih dua dekad bergelar penyanyi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok