Esther Yu bintang iQIYI Starship 2026, KL destinasi sulung

GELOMBANG C-Drama (drama-drama dari negara China) di Malaysia bakal mencapai satu tanda aras baharu apabila platform penstriman gergasi Asia, iQIYI International, secara rasmi mengumumkan bahawa jelajah iQIYI Starship 2026 akan membuka tirainya di Malaysia sebagai persinggahan pertama pada 7 April 2026 ini.

Lebih mengujakan, bintang sensasi global yang juga Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu disahkan bakal membuat penampilan khas di Zepp Kuala Lumpur yang sekali gus menjadi pertemuan sulung pelakon jelita tersebut bersama para peminat setianya di bumi Malaysia.

Mengapa Malaysia jadi pilihan, peputusan memilih Malaysia sebagai lokasi pelancaran pertama jelajah tahun ini bukanlah satu kebetulan. Selepas kejayaan luar biasa siri jelajah Starship di Asia Tenggara tahun lalu, iQIYI komited untuk memperkukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu penonton Malaysia.

Nama Esther Yu kian melonjak menerusi naskhah hit seperti Love Between Fairy and Devil (2022) dan My Journey to You (2023). Namun, tumpuan kini beralih kepada drama original terbaharunya, Speed and Love.

Drama bertemakan dunia perlumbaan kompetitif ini bukan sekadar tentang kelajuan, malah menyentuh aspek emosi dan penemuan diri yang mendalam.

Sejak pelancarannya, Speed and Love telah tular dan menjadi antara judul C-drama yang paling rancak dibincangkan di seluruh Asia Tenggara.

Di Zepp KL nanti, Esther dijangka akan berkongsi kisah di sebalik tabir penggambaran Speed and Love dan soal penghayatan watak yang mencabar fizikal dan emosi dalam sesi interaksi khas sebagai respons kepada sokongan luar biasa peminat Malaysia.

Ingin bertemu Esther Yu secara dekat? Peluang keemasan tersebut akan diutamakan kepada ahli VIP Tahunan Antarabangsa iQIYI Malaysia. Ini adalah masanya untuk anda memastikan langganan anda aktif bagi mendapatkan akses eksklusif ke acara berprestij ini.

Butiran lanjut mengenai mekanik penyertaan dan info terkini akan diumumkan tidak lama lagi melalui platform media sosial rasmi iQIYI Malaysia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok