BARU-BARU ini sebelum Diva bersahur, muncul Zul Ariffin sedang bersiaran langsung dalam TikTok.
Lucu bila dengar dia berborak menjawab soalan-soalan peminat dalam ruangan komen. Macam-macam jawapan menggelikan hati diberikan Zul dan salah satunya apabila ditanya mengenai ketinggiannya.
Katanya, ramai terutama golongan lelaki bertanya mengenai ketinggiannya, namun menegaskan tahap ketampanan seseorang tidak berlandaskan kepada perkara tersebut.
“Tinggi saya 182 sentimeter. Ramai sangat orang tanya, saya tak tahu kenapa lelaki semua nak tanya tinggi.
“Sesetengah lelaki nak ikut, kalau orang itu tinggi, dia rasa dia kena lagi tinggi dan baru dia rasa lagi ‘A’.
“Tak ada apa pun, tinggi atau rendah sama saja. Bukan kalau tinggi itu akan nampak handsome, tiada kena-mengena pun,” balasnya.
Padu juga jawapan Zul tapi itulah realiti manusia, suka membandingkan diri sendiri dan sentiasa mahu nampak lebih hebat daripada orang lain. Tinggi atau rendah, kalau perangai tak senonoh pun tiada guna juga.
DIVA: Zul masih diasak dengan soalan tentang bila nak kahwin, penat nak jawab agaknya.
