Tak boleh buka mata, bengkak – Aaron Aziz

PELAKON Datuk Aaron Aziz kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami kecederaan pada mata kirinya dipercayai akibat terkena pantulan bola ketika bermain pickleball. 

Aaron, 50, dalam sebuah hantaran video memaklumkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu dengan peminat kerana ditahan di hospital. 

“Maaf, tak dapat hadir. Doktor tak benarkan saya keluar walaupun sekejap.

“Semalam tak dapat nak bersama kalian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Jadi, kalian berseronoklah.

“Insya-Allah kalau saya sembuh, perjumpaan akan datang,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Aaron turut berkongsi perbualannya dengan doktor yang merawatnya dan dimaklumkan mata kirinya perlu dimasukkan ubat setiap 30 minit.

Saya tak boleh buka mata, kalau buka ini pun sudah bengkak.

“Maaf kepada pihak produksi MIG dan Muaz kerana tak dapat hadir, (pihak) hospital memang tak benarkan saya keluar walaupun sekejap,” jelasnya lagi.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci tahap keseriusan kecederaan yang dialaminya.

Sementara itu isterinya, Datin Diyana Halik memberitahu dia kini berada Singapura manakala Aaron menjalani rawatan di Kuala Lumpur. 

“Sekarang saya berada di Singapura.

Datuk berada di hospital, sedang tidur. Saya rasa mata dia sangat sakit,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Tambah Diyana, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya menjalani sesi latihan pickleball.

“Kejadian berlaku ketika sesi latihan, dia memang selalu ada latihan pickleball setiap minggu.

Ubat perlu diletakkan setiap 30 minit hingga satu jam, jadi tak dapat tidur dengan baik juga,” ujarnya lagi

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan kesembuhan bintang filem Banduan itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok