Jim Carrey rupa-rupa fasih bahasa Perancis

TINDAKAN pelawak legenda, Jim Carrey berucap sepenuhnya dalam bahasa Perancis tanpa bantuan penterjemah  semasa menerima Honorary César pada Anugerah César Awards ke-51 benar-benar mengagumkan.

Keupayaan yang ditunjukkan bintang The Truman Show dalam majlis yang berlangsung di Théâtre du Châtelet tersebut akhirnya membongkarkan latar belakang pelakon itu sendiri. 

“Sebagai aktor, setiap karakter seperti tanah liat yang ada di tangan pematung, dibentuk mengikuti isi hati,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Berkongsi lagi mengenai kemampuannya, aktor berusia 64 tahun itu mendedahkan nenek moyangnya, Marc-François Carré lahir di Saint-Malo, Perancis, sebelum berhijrah ke Kanada.

Dalam ucapan sama, Carrey berseloroh sambil bertanyakan kepada hadirin tentang skala yang boleh diberikan untuk ucapannya.

Antara penerima anugerah sama tahun-tahun terdahulu adalah  Julia Roberts, Christopher Nolan, Cate Blanchett serta George Clooney.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok