‘Doa mereka berdamai, moga Tuhan berkati kita’

PERNAH mengakui tenang tinggal di Dubai, pelakon Lindsay Lohan kini terpaksa menelan kata-katanya apabila bandar raya yang kini menjadi tempat tinggal bersama sekeluarga, sudah dalam situasi menakutkan.

Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meledakkan bom di ruang udara Dubai membuatkan keadaan berubah sejak Isnin lalu.

Bintang filem Mean Girls bersama suaminya, Bader Shammas dan anak mereka, Luai, mengesahkan mereka selamat menerusi hantaran di media sosial.

“Berdoa untuk perdamaian. Harap tetap aman semuanya. Tuhan memberkati kita semua,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Begitupun tidak dapat dipastikan sama ada kediaman pasangan terbabit jauh atau hampir dengan lokasi sasaran misil.

Ketegangan meningkat selepas serangan AS dan Israel ke atas Iran yang mengakibatkan serangan balas berupa pelancaran misil yang mensasarkan wilayah di UEA, Qatar, Arab Saudi dan Bahrain.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok