Saya akan lindungi dia habis-habisan – Nedim

USAHAWAN Nedim Nazri Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya masih belum melupakan bekas isterinya, Nora Danish susulan tampil mempertahankan pelakon tersebut dalam satu hantaran media sosial baru-baru ini.

Menurut Nedim, dia bertindak sedemikian kerana wajar dilakukan seorang lelaki dan bekas suami kepada Nora.

“Kepada bebal kata saya tak boleh lupakan bekas isteri, itu tidak betul.

Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham?

“Lelaki yang pernah berkahwin dengannya,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambahnya, dia akan sedaya upaya mempertahankan Nora selagi bintang drama Puteri itu tidak mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

“Sebenarnya saya bukan baik sangat pun tapi saya tak boleh bila orang kecam dia.

Saya akan lindungi dia habis-habisan tapi kalau dia sudah berkahwin saya akan berhenti.

“Kerana perkara itu sudah melanggar urusan peribadinya,” ujarnya.

Sementara itu, Nora turut membalas kenyataan tersebut dalam ruangan dengan menzahirkan rasa terima kasih kerana Nedim mempertahankan dirinya.

“Saya percaya kebaikan dan rasa hormat perlu sentiasa kekal walaupun berada di jalan berbeza.

Terima kasih atas kebaikan awak dan bersuara apabila diperlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Nedim berharap netizen berhenti mencari kesalahan Nora yang menegurnya demi kebaikan.

Katanya, pelakon terbabit mengingatkan tentang ibadah serta rezeki, sekali gus berusaha menjadi insan lebih baik, bukan untuk dipersendakan.

Difahamkan perkongsian tersebut dibuat susulan komen diberika Nora terhad hantaran Nedim mengenai perniagaan yang perlahan ketika Ramadan berbanding bulan lain.

Dalam maklum balas tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu menyatakan situasi sedemikian berlaku kerana Allah mahu umat Islam memberikan lebih tumpuan terhadap ibadah.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera cinta, pasangan itu bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 namun masih menjalin hubungan persahabataban yang baik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok