SITUASI yang jarang-jarang berlaku apabila penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin atau KJ sanggup bertugas pada hari ini (Khamis) semata-mata mahu bertemu tetamu undangan, pelakon Nur Fazura.
KJ mengendalikan segmen Bekpes Hot setiap Isnin pagi bersama tiga lagi penyampai iaitu Johan, Fara Fauzana dan AG.
Walaubagaimanapun menurut Fara, KJ yang sepatutnya ke Melaka tetap mahu hadir ke konti hari ini dan telah memotong rambutnya dengan kemas.
Kita selalu ada tetamu di Hot FM tetapi kita jarang ada superstar,” kata KJ.
Kongsi KJ, dia bukan sahaja memotong rambutnya tetapi turut memakai baju kemeja hari ini.
KJ juga dilihat gugup hingga tergagap sewaktu berbual dengan Fazura. Situasi itu mencuit hati netizen yang terhibur dengan reaksi KJ.
Abang kenapa abang berpeluh. Nah ambil tisu ni,” kata Fara sambil memberi tisu kepadanya.
Fazura juga dilihat sempat mengusik KJ sehingga dia tertunduk malu.
Kenapa pandang depan? Adab kan ‘eye contact ‘, kata Fazura.
Kesemua barisan penyampai juga sempat melakukan video ‘Raya Pum Pang Lagi’ bersama Fazura sebelum KJ meninggalkan konti untuk ke Melaka. – HIBGLAM
