‘Demi Allah saya tak pekik, kalau betul terkasar minta maaf’

DEMI Allah saya tak pekik”.

Demikian kata selebriti dan usahawan Betty Rahmad bagi menjawab dakwaan kononnya bersikap biadab terhadap peniaga di sebuah bazar di Singapura semalam.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, 45, dia ke reruai jualan tersebut bersama dua rakannya.

“Saya teman kawan saya nak ‘shopping’. Kawan saya nak beli produk di ‘booth’ tersebut tetapi dia seorang yang pemalu dan ‘introvert’. Dia pula dilahirkan dengan wajah yang ‘berlagak’. Mungkin sebab itu orang ingat kami berlagak.

Saya faham ketika itu cuma ada dua petugas dan masing-masing sibuk melayan pelanggan. Saya suruh kawan beritahu petugas yang dia nak beli produk tersebut.

“Tetapi selepas beberapa minit dia di kaunter, dia masih tak dapat dan datang kepada saya. Kemudian saya pergi ke kaunter dan berkata ‘I want this‘. Tetapi saya tak pekik seperti yang didakwa. Takkanlah tiba-tiba saya nak pekik,” katanya dalam sesi siaran langsung menerusi TikTok.

Tambah adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida itu lagi, sepanjang 12 tahun berniaga di Singapura, dia tidak pernah mencetuskan masalah di sana.

“Ini kali pertama saya kena seperti ini. Waktu video itu viral, saya sudah berada di lapangan terbang untuk balik ke Malaysia.

Saya minta petugas saya pergi semula ke ‘booth’ mereka untuk selesai isu ini tetapi ketika itu ‘booth’ mereka sudah kosong kerana semalam adalah hari terakhir acara tersebut.

“Setiap orang ada hak untuk percaya ataupun tidak dengan apa yang saya beritahu.

Kalau betul saya ada terkasar dengan petugas tersebut, saya minta maaf. Saya tiada niat langsung untuk marah ke apa. Saya cuma merujuk kepada kawan saya untuk ajar dia macam mana untuk minta sesuatu ketika mahu membeli,” jelasnya.

Terdahulu seorang lelaki yang dikenali sebagai Alif memuat naik sebuah video dalam TikTok mendedahkan Betty bersikap biadab terhadap pekerjanya.

Dalam video tersebut, dia turut mendedahkan tahun lalu, kakak Betty iaitu Erma Fatima turut bersikap biadab terhadap pekerjanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok